PROFIL KLINIK
KLINIK HASIF telah ditubuhkan dan mula beroperasi
pada awal Januari 2013 di Bandar Seri Putra. Bandar Seri Putra merupakan sebuah projek perumahan tersusun yang mempunyai populasi seramai 35 000 penduduk meliputi kawasan seluas 898 ekar. Kedudukannya yang strategik dan mudah diakses melalui Persimpangan Putra Mahkota di Lebuhraya Plus KL- Seremban. Pembukaan KLINIK HASIF yang beroperasi 24 JAM sehari ini dapat menawarkan penjagaan kesihatan kepada penduduk di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Taman Impian Putra dan kawasan sekitar Bangi Lama dan Nilai. |
PROFIL DOKTOR
KLINIK HASIF diuruskan oleh DR AKMAL HISHAM BIN ARDANI yang telah berkhidmat dalam bidang perubatan sebagai Pegawai Perubatan Awam dan Swasta selama lebih 15 tahun.
Beliau menamatkan pengajian perubatan di THE UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA pada tahun 1996. Karier pekerjaan beliau adalah seperti berikut: a.Doktor Pelatih dan Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Zahirah (dulunya Hospital Kuala Terengganu) dari 1997- 1998 b.Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Klinik Kesihatan Cheneh, Kemaman dari 1998-2000. c.Pegawai Perubatan Siswazah UKM di Pejabat Kesihatan Kuantan dari 2000- 2001 d.Pegawai Perubatan Swasta di Klinik Zalfah (Bandar Baru Bangi/Dengkil) dari 2001-2012 Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Penjagaan Kesihatan, Perubatan Umum dan Pembedahan. Pengalaman bekerja selama 12 tahun di klinik swasta membantu beliau untuk memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap , terbaik untuk pelanggan dan kos efektif. |
MISI
KLINIK HASIF sedia memberi perkhimatan kesihatan secara menyeluruh bagi melahirkan generasi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti.
VISI
KLINIK HASIF akan sentiasa konsisten dalam mempertingkatkan khidmat kesihatan yang semakin berubah maju dan berteknologi tinggi. Kami akan sentiasa memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti tinggi pada kadar termampu dan persekitaran yang sihat.